"Pergilah sayang... Mama halalkan susu mama. Terima kasih Allah pinjamkan Rayyan selama 15 hari"
Berlinang airmata jernih ini kerana membaca Nurkilan insan yang bergelar ibu... Perginya insan mulia ini adalah ketentuanNya.Tetapi punca pemergiannya hanyalah penyebab sahaja...
Berlinang airmata jernih ini kerana membaca Nurkilan insan yang bergelar ibu... Perginya insan mulia ini adalah ketentuanNya.Tetapi punca pemergiannya hanyalah penyebab sahaja...
Siapa yang tidak sayangkan anak??? tambah-tambah lagi apabila zuriat
sulung yang diharapkan bakal menceriakan kehidupan alam rumah tangga...
Namun, ajal dan maut itu terletak pada kuasa Ilahi. Kisah sebak yang
dikongsi oleh Siti Naqiah Fahmi ini mungkin akan membuatkan anda lebih
berhati-hati apabila mahu melawat bayi yang baru dilahirkan...
Coretan kisahku (Siti Naqiah) dan suami...
23 November 2015 (Isnin)
“shah ar rayyan” inilah nama anak
kami.. bayi yg comel seberat 2.65kg hasil perkongsian hidup aku dan
suamiku.. x dapat aku bayangkan betapa gembira nya hatiku di saat
melihat kehadiran bayi sulung ini di dalam diriku selama sembilan
bulan.Mana taknya stiap kali scan, muka die sentiasa berpaling atau
tutup muka.Betul la orang cakap kalo tengok muka baby,hilang sakit
beranak.camtula perasaan aku ,rasa teruja melihat rayyan di
sisiku.Bermulalah sesi berpantang di rumah mak ayahku di seremban.Mak
dan ayah antara orang yg paling hepi melihat cucu mereka.Stiap kali mak
balik keja,ade je barang dibelikan utk rayyan.Rayyan jarang
menangis,stiap kali nak susu die akan memuncungkan mulutnya. Tidoku pun
cukup sebab die jarang meragam.Baik anak mama....#$
4 Disember (jumaat)
Malam tu Rayyan batuk2 kerap dan
nafas die laju.Aku x sedap hati lalu pergi ke KPJ. Sampai KPJ,doc ckp
oksigen Rayyan lemah dan disebabkan KPJ tiada NiCU untuk kanak2,Rayyan
terus dihantar ke hospital Tuanku Jaafar dengan ambulans.Pertama kali
aku naik ambulans sambil memeluk rayyan.Luluh hati bila lihat rayyan
bernafas dengan bantuan oksigen.Terasa dunia gelap gelita...#$
5 Disember (Sabtu)
-Rayyan dimasukkan NiCU untuk
kanak2.Pagi2 lagi Aku dan suami pergi melihat rayyan di dalam incubator.
Doktor benarkan kami memegang rayyan.Aku peluk,usap rambut dia,pegang
tangan dan kaki dia. Menurut doktor anakku kena radang paru2.Setelah
puas melihat dia dan memberikan dia susu,aku balik rumah sekejap untuk
berehat.petang tu juga doktor call suamiku memberitahu rayyan dimasukkan
ICU kerana kekurangan oksigen yg truk.Allah je yang tahu betapa
sedihnya aku dan suamiku....#$
6-7 Disember (Ahad-Isnin)
-Doc memberitahu Rayyan semakin
kritikal.Air tulang belakang rayyan diambil dan dihantar ke Sungai
Buloh. X sanggup aku lihat tangan rayyan lebam2 kena cucuk.stiap kali
aku panggel namanya,matanya memberi respon.”Rayyan,mama ngan papa dtg ne
sayang”.air mata rayyan keluar bila melihat aku dan suami”.....#$
8 Disember (Selasa)
-Doc bertanya kepadaku sepanjang
aku berpantang ada tak orang yg datang melawat demam,batuk2.Aku sendiri
tidak pasti sebab ramai yang datang lihat rayyan. Doc cakap kemungkinan
rayyan kena virus dari orang yg sakit melawat dia.Imun rayyan tidak
kuat,dan dia semakin tenat sebab kurang oksigen.......#$
Kami redha dan pasrah.Malam tu
aku dan suami berpeluang melihat dan bercakap dgn rayyan. Sambil usap
kepalanya aku cakap “Rayyan sayang pergi ok.Allah da tunggu.Tunggu mama
dan papa kat syurga tau.Mama x sanggup tgk rayyan camne lagi.mama tau
rayyan kuat.cukupla sayang.Mama halalkan air susu mama”.Rayyan seakan
mengerti memandang aku dan suami sambil menangis.die cuba mengeluarkan
suara walaupun tesekat2.Aku cakap kat doktor “doc,thanks jaga
rayyan,saya ade request,lepas ni kalo call suami saya,tolong jangan
cakap datang segera lagi,just bagitau je Rayyan dah tak de.Kami
ok.thanks suma jaga Rayyan dgn baik”....#$
Tak sampai 30 minit kat
rumah,suamiku dpt call dari hospital mengatakan Rayyan dah kembali
kepada Allah.Maafkan mama kerana selalu menangis sepanjang Rayyan kat
hospital. Pergila sayang,tunggu mama dan papa.Rayyan slamat di kebumikan
esoknya.Alhamdulillah rumah Rayyan dekat sangat dengan rumah atuk.
Senang mama nak tengok Rayyan.Abah simpan semua barang Rayyan sebab
taknak aku still teringat.pertama kali dalam hidupku melihat abahku
menangis semasa Rayyan pergi.Abah cakap dekat kawanku “Rumah ne baru nak
ceria tapi sunyi balik. Takpela pakcik redha.Allah sayang dia”.Malam tu
aku tido bertemankan baju rayyan.Setiap pukul 2 pagi aku slalu
terbangun sebab tu time Rayyan nak susu. Abah selalu nasihatku supaya
kuat dan sabar.Masa mula2 Rayyan pergi,hidupku terasa kosong dan slalu
termenung.Sedihnya berpantang tanpa Rayyan walaupun aku tau Rayyan dah
hepi sekarang ne. Berkat sokongan dr mak,abah,family,kazen dan yg paling
penting suamiku sendri,alhamdulillah aku pulih semangat selepas
sebulan....#$
5 Februari 2016 (Jumaat)
-Hari yang paling kutunggu iaitu
appointment dgn Dr Juliana,pakar kanak2.Menurutnya,Rayyan meninggal
sebab virus adeno.Salah satu cara Virus Adeno terjadi daripada orang
luar yg sakit2 semasa melawat dia.
Sebab tu kita tak digalakkan
melawat baby bila tidak sihat (demam,selsema).Imun baby tidak sama macam
orang dewasa. so,lepas ne kalo siapa2 sakit,tunggu sihat dulu baru
pergi melawat. Tak pun tunggu abes pantang baru pegi melawat. Menurut
doc lagi, elakkan dari kerap mencium baby sebab kita tak tau diri kita
ade virus ke tak......@$
Kami redha dengan ketentuan
Allah.Ajal dan maut di tangan-Nya.Rayyan insan terpilih..Sakit nie hanya
penyebab saja sebab da tiba masa anak mama dan papa ne pergi.Pergilah
sayang.Mama halalkan susu mama.Terima kasih Allah pinjamkan Rayyan slama
15 hari.Rumah Rayyan dekat je dengan rumah atuk tau.Senang mama dan
papa nak tengok.Ketahuila sayang,stiap saat mama dan papa bernafas,mama x
kan lupakan Rayyan yg pena hadir dalam perut mama dan juga dunia....@$
(--Shah Ar Rayyan Bin Shah Affandi--/9trendingtopic.blogspot.com)
loading...
0 Response to ""Pergilah Sayang... Mama Halalkan Susu Mama. Terima kasih Allah Pinjamkan Rayyan selama 15 hari" "
Post a Comment